KRAF HOLDINGS SDN BHD

❝Menjadi Peneraju Dalam Pembekalan Bahan Mentah Berkaitan Kraf Bagi Memenuhi Keperluan Industri, Serta Menjadi Ejen Pemasaran Produk Bagi Inkubator Dan Usahawan Kraf Yang Berpotensi❞

Tentang Kami

Cerita kami bermula pada tahun 1987. Syarikat Kraf Holdings Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 2 Mac 1987 dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Syarikat ini telah beroperasi lebih dari 33 tahun dalam Industri Kraf. Objektif utama penubuhan Kraf Holdings adalah sebagai pembeli, pengimport serta pembekal bahan mentah berkaitan kraf dan aktiviti pengeluaran produk kraf pengusaha tempatan.

     Kraf Holdings Sdn. Bhd. mula menapak dalam industri kraf dengan menjual dan memasarkan produk aneka kraf. Sekitar tahun 1998, syarikat mula melebarkan sayap perniagaan dengan menjalankan aktiviti pengeluaran dan pemasaran batik eksklusif yang tertumpu untuk pasaran tempatan. Kehalusan seni estetik dalam penghasilan batik eksklusif mempunyai nilai dan keistimewaannya yang tersendiri. Pada tahun 2008, Kraf Holdings telah mengorak langkah berani menembusi pasaran antarabangsa. Syarikat berpeluang untuk mengeluarkan dan membekalkan batik eksklusif khas untuk pereka fesyen Malaysia yang bermastautin di Paris bagi tujuan pasaran di Eropah.

    Cerita kami tidak berhenti setakat ini, bagi mengekalkan tahap kompetitif dan daya saing dalam industri kraf, syarikat menambahbaik perkhidmatan dengan membekalkan bahan mentah berkualiti tinggi, yang dibeli dan diimport terus dari negara-negara pengeluar seperti China, Indonesia, India dan lain-lain. Kraf Holdings komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dengan memastikan bahan-bahan mentah yang dibekalkan menepati piawaan yang ditetapkan oleh pengusaha-pengusaha kraf tempatan.

     Kini, Kraf Holdings Sdn. Bhd. memberikan tumpuan kepada aktiviti penjualan dan pembekalan bahan mentah bagi memenuhi keperluan industri kraf, di samping memasarkan produk siap berunsurkan kraf melalui skop yang lebih luas melibatkan kepelbagaian industri kraf di Malaysia. Usahasama dengan syarikat korporat, agensi dan usahawan tempatan diperkukuhkan dan strategi pemasaran diperluaskan dengan memanfaatkan platform digital seiring dengan kemajuan teknologi dan peredaran zaman. Kraf Holdings Sdn. Bhd. sentiasa bersedia untuk mengorak langkah, maju ke hadapan dan mendepani cabaran baru bagi memastikan syarikat terus kekal relevan dan berdaya saing di peringkat global mahupun tempatan.

Objektif Syarikat

Menjadi Peneraju Dalam Pembekalan Bahan Mentah Berkaitan Kraf Bagi Memenuhi Keperluan Industri, Serta Menjadi Ejen Pemasaran Produk Berunsurkan Kraftangan Bagi Inkubator Dan Usahawan Kraf Yang Berpotensi.

Fungsi Dan Peranan Syarikat

 

Peneraju kepada pembekalan
bahan mentah berkaitan
industri kraf bagi memenuhi
keperluan industri.

Bertindak sebagai ejen
pemasaran dengan membeli
dan menjual produk
berunsurkan kraftangan bagi
inkubator dan usahawan kraf
yang berpotensi.

Pemudah cara kepada bekas
pelajar Institut Kraf Negara
(IKN) yang menjadi usahawan
dalam bidang kraf untuk
memulakan perniagaan
seperti membekalkan bahan
mentah seperti benang
sutera, fabrik, pewarna, lilin
dan lain-lain.

Rakan Strategik