KRAF HOLDINGS SDN BHD

❝Menjadi Peneraju Dalam Pembekalan Bahan Mentah Berkaitan Kraf Bagi Memenuhi Keperluan Industri, Serta Menjadi Ejen Pemasaran Produk Bagi Inkubator Dan Usahawan Kraf Yang Berpotensi❞

Perkhidmatan Kami

 

Pembekal Bahan Kraftangan Sejak 1987

Pembekal Bahan Mentah

     Kraf Holdings Sdn. Bhd. menjadi satu medium kepada Inkubator dan pengusaha kraf tempatan untuk mendapatkan bekalan bahan mentah bagi menghasilkan produk-produk kraftangan yang berkualiti. Kami membekalkan bahan mentah bermutu tinggi, yang dibeli dan diimport terus dari negara-negara pengeluar seperti China, Indonesia India dan lain-lain.

Penjualan Produk Siap (Kraf)

     KH Craft Shoppe merupakan outlet jualan Syarikat Kraf Holdings Sdn. Bhd. yang terletak di Institut Kraf Negara (IKN). KH Craft Shoppe menawarkan kepelbagaian produk kraftangan hasil keluaran bekas pelajar Institut Kraf Negara, Inkubator dan usahawan kraf tempatan pada harga yang sangat berpatutan. Platform digital seperti Instagram dan Facebook turut digunakan bagi memasarkan produk-produk kraftangan terpilih.

Antara produk-produk kraftangan yang dijual

  • Baju Lelaki Dan Wanita
  • Kain Pasang
  • Selendang, Shawl, Scarf

  • Aksesori Wanita
  • Hiasan Dalaman

  • Pasu Hiasan
  • Labu Sayong

  • Bakul
  • Beg
  • Perabot

Menjalankan Usahasama Dengan Syarikat, Agensi Dan Usahawan Tempatan

SYARIKAT KARYANEKA SDN. BHD.

     Kraf Holdings giat menjalankan usahasama dengan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. melalui aktiviti pemasaran dan pembekalan produk siap.

INKUBATOR KRAF

     Skim Inkubator Kraf merupakan satu kemudahan dan perkhidmatan oleh Kraftangan Malaysia bagi graduan lepasan Institut Kraf Negara (IKN) atau usahawan baru (start-up) dalam aktiviti perniagaan dan pengeluaran kraf bertujuan bagi membangunkan usahawan muda/start-up dalam pengeluaran kraf secara komersial. Skim ini dapat membantu graduan lepasan IKN dan usahawan muda yang terlibat meningkatkan pengetahuan mereka tentang keusahawanan dan kemahiran dalam aktiviti pengeluaran.

     Kraf Holdings Sdn. Bhd. bekerjasama rapat dengan Inkubator dengan memainkan peranan dalam menjadi mediator dan pemudah cara bagi usahawan muda/baru ini dalam mendapatkan bekalan bahan mentah yang berkualiti tinggi, serta membimbing mereka meningkatkan pengetahuan dalam memilih bahan mentah yang bersesuaian dengan produkproduk kraf yang dihasilkan. Kami membantu pengusaha kraf khususnya graduan IKN, usahawan muda dan Inkubator dengan harapan dapat menggalakkan lebih banyak graduan lepasan IKN dan generasi muda menceburi bidang-bidang berkaitan kraf agar industri ini terus berkembang di masa akan datang dan tidak ditelan peredaran zaman.

Rakan Strategik